PENDIDIKAN PENGUNDI

Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang telah memenuhi jemputan Pejabat Penerangan Seberang Perai Tengah pada 16 Jun 2022 (Khamis) untuk menghadiri Program Taklimat Isu-Isu Semasa Siri II: Undi18 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah. Program dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah telah diadakan di Auditorium IKTBN Bukit Mertajam.

Ianya dimulakan dengan sesi taklimat bertajuk “Peranan Belia Undi 18” dan diikuti dengan sesi simulasi proses pengundian.

Tujuan program adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada kumpulan sasar iaitu pelajar yang berumur 18 tahun ke atas mengenai pendaftaran pemilih automatik yang telah berkuatkuasa pada 15 Disember 2021.