PENDIDIKAN PENGUNDI

Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang telah memenuhi jemputan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Barat Daya untuk mengadakan taklimat dan simulasi proses pengundian pada Seminar Pemerkasaan Undi18 pada 19 Ogos 2022 (Jumaat).

Seminar Pemerkasaan Undi18 ini telah diadakan di Kolej Komuniti Bayan Baru pada jam 2.30 petang. Tujuan program adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada kumpulan sasar iaitu pelajar di Institut Pengajian Tinggi mengenai pendaftaran pemilih automatik yang berkuatkuasa pada 15 Disember 2021 dan penurunan had umur mengundi kepada18 tahun.

Taklimat Undi18 disampaikan oleh Encik Mohd Fuad bin Shuid, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri. Simulasi Proses Pengundian pula diketuai oleh Puan Fatin Nadia binti Che Daud dan Encik Mohammad Adib bin Mohd Adman.