UMUM
Punca Kuasa
SPR melaksanakan fungsi pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih berdasarkan kepada 3 punca kuasa berikut:
- Perkara 113 dan 119 Perlembagaan Persekutuan;
- Akta Pilihan Raya 1958; dan
- Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Kategori Pemilih
Kategori pemilih terbahagi kepada dua iaitu:
- Pengundi biasa; dan
- Pengundi tidak hadir.
Kategori Pengundi tidak hadir terdiri daripada:
- Anggota tentera yang berkhidmat secara tetap;
- Pasangan kepada anggota tentera yang berkhidmat secara tetap;
- Anggota polis selain anggota Pasukan Polis Sukarelawan Simpanan;
- Pasangan kepada polis Pasukan Gerakan Am;
- Penjawat awam yang berkhidmat di luar negara;
- Pasangan kepada penjawat awam yang berkhidmat di luar negara;
- Pelajar di luar negara secara sepenuh masa; dan
- Pasangan kepada pelajar di luar negara secara sepenuh masa.