Tirai 2022 disingkap serta dimulakan dengan program lawatan kerja Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang ke Ibu Pejabat Daerah Polis Barat Daya, Georgetown Pulau Pinang pada hari Khamis 6 hb Januari 2022.
Lawatan kerja pada jam 3.00 petang itu adalah diantara Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Dr. Siti Nazariah binti Abdul Zalim bersama Ketua Polis Daerah IPD Barat Daya Supt. Kamarul Rizal bin Jenal.
Lawatan kerja dilakukan bertujuan untuk bertukar fikiran dan pendapat serta mengeratkan hubungan antara jabatan disamping membincangkan kerjasama dalam pengurusan perjalanan pilihan raya akan datang. Berdasarkan pertemuan ini, pelbagai perkara telah dibincangkan dan mendapat input berguna bagi kedua-dua jabatan pada masa akan datang.