Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan daripada YB Soon Lip Chee EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang pada 8 Februari 2022. Turut hadir bersama beliau adalah Dr Gwee Sai Ling, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), Timbalan, Cik Ng Hooi Ting dan beberapa Pegawai Eksekutif Program. Antara perkara yang dibincangkan semasa kunjungan tersebut adalah mengenai pelaksanaan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik. Turut dibincangkan adalah mengenai koloborasi untuk meningkatkan kesedaran sivik di kalangan pengundi dan memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.