Mesyuarat Kerja SPR Bertempat Di Hotel Eastin Pulau Pinang

Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Kerja Ke Arah Pru ke-15 Kesan daripada Pendaftaran Pemilih Secara Automatik, Mesyuarat Penyelarasan Urus Setia Ibu Pejabat-PPN (USIP) Bilangan 1 Tahun 2022 serta Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Bilangan 4 Tahun 2021 pada 24-28 Januari bertempat di Hotel Eastin Pulau Pinang.

Hadir ke mesyuarat tersebut adalah Setiausaha SPR, YBhg Dato’ Indera Ikmalrudin Bin Ishak, pengurusan tertinggi SPR, pegawai-pegawai, Pengarah dan Timbalan Pengarah Negeri.