Kempen Program UNDI-18 Atas Talian

Memenuhi jemputan Penang Youth Development Corporation (PYDC) dalam program Kempen Undi-18 atas talian pada 12 Disember 2020 (Sabtu).

Tujuan program Kempen UNDI 18 adalah untuk memberi pendedahan yang lebih lanjut kepada para belia tentang pelaksanaan Kempen UNDI 18, hak mengundi, pindaan umur pengundi serta umur ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri. Melalui Kempen UNDI 18 ini, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang yakin golongan belia di Pulau Pinang akan lebih memahami tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan sebagai pengundi baru. Para belia turut diberi peluang mengemukakan pendapat dan cadangan berkaitan polisi kerajaan yang membenarkan had umur layak mengundi 18 tahun.