Taklimat Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) Kepada Wakil Parti Politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

Pulau Pinang , 07 Disember 2020 – Seramai 53 Orang wakli parti politik dari seluruh PARTI PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO) Negeri Pulau Pinang hadir dalam sesi Taklimat Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) Wakil Parti Politik bagi Negeri Pulau Pinang, tengah hari ini yang diadakan di Tingkat 6,Menara UMON Jalan Macalister.

Kesemua ahli UMON tersebut telah dilantik dan ditauliahkan menjadi Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) mulai hari ini.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Raveendran Nair A/L Kesavan Nair, Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang berkenaan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP)

Penyampaian Watikah Pelantikan Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) telah disempurnakan oleh Encik Raveendran Nair A/L Kesavan Nair, Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang kepada Encik Sabri Bin Sedin wakil  Penolong Pendaftar Pemilih daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dengan jamuan makan dan sesi bergambar kenang – kenangan.