Fungsi Utama & Dasar SPR

Fungsi Utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-
1) Membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen
dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan
persempadanan semula yang terdahulu;
2) Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan
3) Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan
menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.
Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.