Sesi Libat Urus Bersama ADUN Negeri Pulau Pinang Berhubung Pelaksanaan Umur Pengundi 18 Tahun Dan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengadakan sesi libat urus bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berhubung pelaksanaan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik pada 12 Februari 2022 di Dewan Sri Pinang, Georgetown Pulau Pinang

Sesi libat urus yang diketuai oleh YBrs. Timbalan Pengerusi SPR, YBrs. Dr Azmi Sharom ini bertujuan memberikan penjelasan berkenaan prosedur pendaftaran pemilih secara automatik dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow hadir dan telah menyampaikan ucapan alu-aluan pada sesi tersebut. Turut hadir adalah Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat SPR dan pegawai-pegawai Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan sesi libat urus tersebut.