Taklimat Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) Kepada Wakil Jabatan Kerajaan

Pulau Pinang , 17 Disember 2020 – Seramai 10 Orang wakli Jabatan Kerajaan (PDRM) dari seluruh IBU PEJABAT POLIS KONTIJEN NEGERI PULAU PINANG hadir dalam sesi Taklimat Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) Wakil Jabatan Kerajaan  bagi Negeri Pulau Pinang, pagi ini yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama,Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Pulau Pinang.

Kesemua pegawai polis berdaftar  telah dilantik dan ditauliahkan menjadi Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) mulai hari ini.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Raveendran Nair A/L Kesavan Nair, Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang berkenaan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP)

Penyampaian Watikah Pelantikan Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) telah disempurnakan oleh Encik Raveendran Nair A/L Kesavan Nair, Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang kepada Encik ASP PERBAKARAN A/L KHRISNAN sebagai wakil  Penolong Pendaftar Pemilih daripada Pegawai Polis Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Pulau Pinang.

Majlis berakhir pada jam 1.00 petang dengan jamuan makan dan sesi bergambar kenang – kenangan