Kunjungan Hormat Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ke MBPP

Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas YBhg. Setiausaha Bandaraya MBPP, Tuan Ir. A. Rajendran A/L P. Anthony pada 4 Februari 2022. Antara perkara yang dibincangkan semasa sesi kunjungan hormat tersebut adalah mengenai pertambahan jumlah pengundi di Pulau Pinang susulan penguatkuasaan pelaksanaan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik pada 15 Disember 2021. Turut dibincangkan adalah mengenai peranan dan cabaran dalam menguruskan PRU ke-15.