PENDIDIKAN PENGUNDI

Tujuan program adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada kumpulan sasar iaitu pelajar di tingkatan enam mengenai pendaftaran pemilih automatik yang telah berkuatkuasa pada 15 Disember 2021. Simulasi proses pengundian oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang semasa program tersebut diketuai oleh Puan Norakashah Abu Bakar, Ketua Unit Pendaftaran dan dibantu oleh Puan Rohana Binti Husin dan Encik Mohammad Adib bin Mohd Adman.

Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang telah memenuhi jemputan Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang untuk mengadakan simulasi proses pengundian semasa Program Cambah Minda Siri 2/2022 yang diadakan pada 28 Jun 2022 (Selasa). Program yang dimulakan dengan taklimat dan diikuti dengan simulasi proses pengundian ini telah diadakan di Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin mulai jam 9.00 pagi sehingga 1 tengah hari.