Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang telah memulakan Taklimat Undi kepada Petugas-Petugas Undi Pos Parlimen P43 Bagan pada 10 Februari 2022 bertempat di Bilik Melur, Menara MBSP.
Taklimat yang diadakan dalam skala yang lebih kecil khusus untuk setiap parlimen ini diharapkan akan dapat memberi pemahaman yang jelas kepada petugas-petugas undi pos pada PRU ke 15 kelak.
Taklimat yang diadakan secara hands-on kepada petugas undi pos di Pejabat Pegawai Pengurus P43 iaitu Majlis Bandaraya Seberang Perai telah disampaikan oleh Encik Mohd Fuad Shuid, Timbalan Pengarah, Puan Fatin Nadia Binti Che Daud dan Encik Mohamad Azwan Abu Bakar dari Unit Persempadanan serta Encik Mohamad Amirul Bin Nor Mohamad dari Unit Pendaftaran.