Perlembagaan Negeri Kedah

Petikan perkara-perkara berhubungkait dengan urusan pilihan raya:-

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI KEDAH

Tiap-tiap rakyat yang berumur 21 tahun atau lebih yang tinggal di dalam Negeri ini layaklah menjadi ahli Dewan Negeri melainkan jika ditegah ia menjadi ahli oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri

ini atau oleh mana-mana undang-undang yang tersebut di dalam Perkara 47.

(1) Setakat yang tiada bercanggah dengan syarat-syarat perkara ini maka tiada lulus mana-mana orang menjadi ahli Dewan Negeri jika-

(a) ia berkeadaan dan telah didapati atau dinyatakan tiada sempurna akal;

(b) ia seorang muflis (bankrupt) yang belum dilepaskan;

(c) ia memegang jawatan yang mendatangkan keuntungan;

(d) setelah diangkat untuk masuk pemilihan bagi Parlimenatau Dewan Negeri atau setelah ia menjadi wakil pilihan bagi orang yang diangkatkan itu ia tiada menghantarkan penyata perbelanjaan pilihan yang dikehendaki oleh undang-undang di dalam tempoh dan mengikut cara yang dikehendaki itu;

(e) ia telah diputuskan salah oleh Mahkamah di dalamPersekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di dalam PETIKAN PERKARA-PERKARA BERHUBUNGKAIT

DENGAN URUSAN PILIHAN RAYA kawasan yang terkandung di dalam mana-mana Negeri Borneo atau di dalam Singapura) dan dihukum penjara selama tiada kurang daripada setahun atau denda tiada kurang daripada dua ribu ringgit dan belum mendapat pengampunan bebas;

(f) ia tertegah menurut mana-mana undang-undang yang berkenaan dengan kesalahan bersangkut dengan pilihan untuk salah satu Parlimen atau untuk DewanNegeri dengan kerana diputuskan salah fasal kesalahan itu atau didapati salah di dalam pendakwaan yang bersangkut dengan pilihan berkenaan dengan perbuatan yang membuktikan kesalahan itu;

atau

(g) ia dengan kehendaknya memperoleh kerakyatan atau menjalankan hak kekuasaan kerakyatan di dalam negeri asing atau membuat kenyataan mengaku taatsetia kepada negeri asing.

(2) Sebab yang menghilangkan kuasa atau hak mana-mana orang menurut perenggan (d) atau perenggan (e) di dalam Fasal (1) itubolehlah dibuangkan oleh Raja Pemerintah dan jika tidak dibuangkan seperti yang tersebut itu hendaklah terhenti pada hujung tempohan lima tahun mulai daripada tarikh yang dikehendaki menghantarkan penyata yang tersebut di dalam perenggan (d) itu atau mengikut kejadiannya tarikh yang dilepaskan daripada tahanan orang yang diputuskan salah seperti yang tersebut di dalam perenggan (e) itu atau tarikh yang dihukum denda yang tersebut di dalam perenggan (e) itu di atas orang itudan mana-mana orang-orang itu tiada tertegah menurut perenggan(g) di dalam Fasal (1) semata-mata dengan sebab apa-apa yang diperbuatkan olehnya sebelum ia menjadi rakyat.

(3) Seseorang yang meletakkan keahliannya dalam DewanUndangan Negeri ini atau mana-mana Negeri lain hendaklah, bagitempoh lima tahun bermula dari tarikh perletakkan keahliannya berkuatkuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Undangan Negeri ini.

Mana-mana orang-orang itu tiada boleh semasa menjadi ahli DewanNegeri bagi lebih daripada satu kawasan pilihanraya.

(1) Jika mana-mana ahli Dewan Negeri itu tiada layak menjadi ahli didalam Dewan Negeri maka tempatnya hendaklah menjadi kosong.

(2) Jika mana-mana orang tiada layak menjadi ahli Dewan Negeri itudipilih menjadi ahli Dewan Negeri atau jika pilihan itu bercanggah dengan Perkara 48, maka pilihan itu hendaklah terbatal.

(3) Dipotong oleh En. Bil. 9/1967.

(4) Mana-mana orang itu tiada boleh dilantikkan dengan sah bagipilihan untuk Dewan Negeri dengan tiada persetujuannya.

Mana-mana Ahli Dewan Negeri itu bolehlah berhenti daripada menjadi ahli dengan membuat surat yang ada tandatangannya yang dialamatkan kepada Speaker.

Jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi kosong.

Jika berbangkit apa-apa soalan fasal adakah mana-mana Ahli DewanNegeri itu tiada layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusanDewan dan itulah yang muktamad.

(1) Maka hendaklah Raja Pemerintah dari suatu masa ke suatu masa memanggil Dewan Negeri dan tiada boleh dibiar lucut tempohan 6 bulan di antara mesyuarat yang lepas di dalam satu persidangan dengan tarikh yang dipertetapkan bagi mesyuarat yang pertama di dalam persidangan yang akan datang.

(2) Berkuasalah Raja Pemerintah boleh merentikan atau memansuhkanDewan Negeri.

(3) Dewan Negeri itu melainkan jika dimansuhkan terdahulu lagi hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh mesyuaratnya yang pertama dan hendaklah termasuk di hujung tempoh itu.

(4) Apakala Dewan Negeri itu dimansuhkan maka hendaklah diadakan pilihanraya di dalam tempoh 60 hari daripada tarikh yang dimansuhkannya dan hendaklah dipanggil Dewan Negeri yang baharu bagi mengadakan mesyuaratnya pada tarikh yang tiada lewat daripada 90 hari daripada tarikh itu.

(5) Sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh enampuluh hari dari tarikh dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawaada kekosongan:

Dengan syarat bahawa jika kekosongan luar jangka itu dipastikan padasuatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Negeri hendaklah mengikut Fasal (3) menjadi bubar, maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan jika Speaker memberitahu Suruhanjaya PililhanRaya secara bertulis bahawa kekuatan dari segi bilangan parti yang membentuk majoriti semua ahli Dewan Negeri terjejas oleh kekosonganitu, dan dalam keadaan itu kekosongan itu, hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.