PENJALANAN PILIHAN RAYA

Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan ‘First-Past-The-Post-System’. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

ELEMEN-ELEMENĀ  PENTING PILIHAN RAYA
Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
i) Bahagian Pilihan Raya
ii) Pemilih
iii) Calon
iv) Proses Pilihan Raya
JENIS-JENIS PILIHAN RAYA
Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu:
1. Pilihan Raya Umum
2. Pilihan RayaKecil
Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun.
Pilihan Raya Kecil pula berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di luar jangka disebabkan oleh:
i) Kematian
ii) Perletakan jawatan
iii) Hilang Kelayakan
iv) Pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya