Langkah Pertukaran Alamat / Status
- Imbas kod QR atau klik ke pautan https://myspr.spr.gov.my/
- Log masuk ke sistem MySPR menggunakan akaun MySPR anda dengan mengisi No. Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA
- Klik Borang A (PERTUKARAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA atau PERTUKARAN STATUS dan lengkapkan borang yang disediakan.
- Pilih “KATEGORI PEMILIH” di Bahagian 1
- Isikan ALAMAT LENGKAT SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat lain yang dikehendaki.
- Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad / Kad Kuasa Polis / MyTentera dan GAMBAR SWAFOTO (SELFIE) BERSAMA MYKAD / KAD KUASA POLIS / MYTENTERA jika berkenaan.
- Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.
- Anda akan meneriman No. TAC melalui EMEL dan SMS. Masukkan No. TAC dan klik HANTAR.
- Anda akan menerima notifikasi “Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia” melalui emel.