Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan ST 1/2021

Semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Bagi Suku Pertama Tahun 2021 akan diadakan bermula 28 April 2021 sehingga 11 Mei 2021. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh Kerajaan, orang awam yang telah mendaftar sebagai pemilih baru atau membuat pertukaran alamat dari 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021, boleh membuat semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan ini di tempat tempat pameran Rang melalui format Kod QR atau secara terus dari hiper rangkai yang disediakan. Semakan RDPT ST 1/2021 boleh dibuat pada link tertera berikut, RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN ST 1/2021 untuk paparan secara on-line Rang Daftar Pemilih Tambahan mengikut Parlimen. Di samping itu, semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di alamat https://pengundi.spr.gov.my.

RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN ST 1/2021

AKTIVITI SEMASA

Kini pengunjung laman web PPN Selangor boleh melayari laman web rasmi PPN Selangor versi mudahalih menerusi telefon bimbit atau Smartphone mengunakan Kod QR. Penguna hanya perlu muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader, imbas Kod QR dengan mengunakkan kamera smartphone. Secara automatik, anda akan melayari laman web versi mobile.

qr ppnsel

UTAMA

PROGRAM PENDAFTARAN LUAR PUAR PEJABAT (PPLP)

Program Outreach merupakan program pendaftaran luar pejabat di mana pasukan Outreach menyediakan kaunter terbuka kepada orang awam di beberapa lokasi terpilih sekitar Selangor. Orang awam boleh mendaftar sebagai pemilih baru,  membuat pertukaran alamat tempat mengundi dan membuat semakan maklumat pemilih.

PERMOHONAN MEMBUKA KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH

Mana-mana pihak yang ingin menjemput PPN Selangor membuka kaunter pendaftaran pemilih di majlis/ program yang dianjurkan bolehlah menulis surat kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor. Sila nyatakan tarikh, masa dan tempat program/ majlis diadakan.