Kunjungan Hormat Pengarah Pilihan Raya Negeri Ke Atas Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, Dr Siti Nazariah Binti Abdul Zalim bersama Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri, Puan Nurhafiza Binti Ahmad telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Tuan Mohd Haji Mohamad Dziauddin bin Mat Saad, Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang pada 11 Februari 2026 (Rabu). Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Tuan Yusof bin Shaari, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah.