Program Jabatan | Our Program

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MEI 2026

Adalah dimaklumkan bahawa, Kertas Pertimbangan SPR 14/2026 telahpun diedarkan pada 22 Jun 2026 dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah bersetuju terhadap Cadangan Pemerakuan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2026. Notis Pemerakuan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2026 (DPT BLN5/2026) akan diwartakan pada 30 Jun 2026 (Selasa). Sehubungan itu, selaras dengan pewartaan tersebut, DPT BLN5/2026 akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 30 Jun 2026 hingga 29 Julai 2026 di :-

(a)         Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
(b)         Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
(c)         Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
(d)         Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
(e)         Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

Semakan Senarai Nama boleh dibuat di sini :

SENARAI NAMA

Maklumat Semakan boleh dibuat di sini :

MAKLUMAT SEMAKAN

UNTUK URUSAN TUNTUTAN & BANTAHAN, Tuan puan boleh klik link dibawah :

BORANG TUNTUTAN BORANG BANTAHAN