Pihak Akademi Pilihan Raya (APR) telah menganjurkan satu Kursus Voter Education Camp siri 1/2016 di Puteri Beach Resort pada 9 – 12 Ogos 2016. Objektif kurusus kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang modul-modul bagi Program Pendidikan Pengundi dan Pendidikan Pilihan Raya yang dibina oleh APR. Kursus empat hari ini adalah berkonsepkan Training of Trainers di mana para peserta didedahkan tentang silibus pembelajaran dan perlu melalui ujian-ujian khusus bagi melayakkan mereka menerima sijil kehadiran kursus. Kursus ini turut melibatkan penyertaan calon-calon yang sekiranya melepasi tahap kompetensi yang ditetapkan akan dilantik sebagai Penceramah Khas SPR.
Pejabat Pilihan Raya Negeri Kelantan telah menghantar dua orang wakil untuk menyertai kursus tersebut.