Program SemarakKomuniti Daerah Machang
Pasukan Unit Karavan “KaunterBergerak SPR” telah mendapat jemputan untuk membuka kaunter pendaftaran dansemakan daftar pemilih di Kampung Pangkal Petai,Machang pada 3 April 2016 sempena Program SemarakKomuniti Daerah Machang. Program tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub ,Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang juga merupakan ADUN Machang.
Tujuan utama unit bergerak caravan adalah untuk mempermudahkan pelaksanaan program outreach, pemantauan operasi dan naziran bagi urusan pendaftaran pemilih di seluruh negara.Kenderaan Karavan ini dilengkapi dengan peralatan canggih dan kemudahan seperti kaunter promosi, kerusi pameran, LCD TV, GPS, PA System serta Kanvas Kenderaan, penghawa dingin dan petisejuk mini. Fungsi utama bagi Unit Karavan bergerak SPR ini adalah untuk mendaftarkan warganegara Malaysia yang layak didaftarkan sebagai pemilih baru.
Selain itu, ia juga membolehkan pemilih sedia ada membuat penukaran alamat serta membuat semakan berhubung status pendaftaran tempat mengundi. Unit Karavan ini juga bertujuan menganjurkan program pendidikan pengundi secara terus kepada orang ramai dan melaksanakan aktiviti publisiti dan promosi dalam meningkatkan imej SPR. Karavan bergerak ini juga akan digunakan untuk menjelajah kesetiap pelusuk negara khususnya di kawasan luar bandar dan pendalaman, pusat-pusat kebajikan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU), kem-kem tentera dan polis serta institusi-institusi pengajian tinggi.