Akademi Pilihan Raya (APR) telah mengadakan Kursus Election Camp Siri 3/2016 peringkat Zon Timur untuk pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi Zon Timur yang telah diadakan di De Rhu Beach Resort,Beserah,Kuantan Pahang pada 22 sehingga 26 Mei 2016.
Objektif kursus ini adalah untuk mempersiapkan diri warga kerja SPR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 khususnya dalam memberi kefahaman kepada warga SPR terhadap proses pengundian dan pengiraan undi. Para peserta telah dilatih dengan kemahiran menguruskan proses pengundian dan pengiraan undi di Tempat Mengundi. Latihan telah dilaksanakan melalui teknik ceramah dan latihan simulasi bagi memudahkan peserta mendapat gambaran sebenar tentang peranan petugas semasa Hari Pengundian.
Seramai 6 orang kakitangan PPN Kelantan telah menghadiri kursus tersebut. Diharapkan mereka dapat berkongsi ilmu yang telah dipelajari sepanjang kursus tersebut dan mengaplikasikannya sepanjang menjalankan tugasan mereka.