SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN OGOS 2026
Adalah dimaklumkan bahawa, Kertas Pertimbangan SPR 22/2026 telahpun diedarkan pada 20 September 2026 dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah bersetuju terhadap Cadangan Pemerakuan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2026. Notis Pemerakuan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2026 (DPT BLN8/2026) akan diwartakan pada 25 September 2026 (Jumaat). Sehubungan itu, selaras dengan pewartaan tersebut, DPT BLN8/2026 akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 25 September 2026 hingga 24 Oktober 2026 di :-
(a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
(b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
(c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
(d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
(e) Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
Semakan Senarai Nama boleh dibuat di sini :
Maklumat Semakan boleh dibuat di sini :
UNTUK URUSAN TUNTUTAN & BANTAHAN, Tuan puan boleh klik link dibawah :
BORANG TUNTUTAN BORANG BANTAHAN