Program Jabatan | Our Program

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MAC 2026

Adalah dimaklumkan bahawa, Kertas Pertimbangan SPR Bil. 8/2026 telah pun diedarkan pada 15 April 2026 dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah bersetuju terhadap Cadangan Pemerakuan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2026. Notis Pemerakuan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2026 (DPT BLN3//2026) akan diwartakan pada 20 April 2026 (Isnin)Sehubungan dengan itu, selaras dengan pewartaan tersebut, DPT BLN3/2026 akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 20 April 2026 hingga 19 Mei 2026 di :-

(a)         Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
(b)         Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
(c)         Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
(d)         Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
(e)         Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

Semakan Senarai Nama boleh dibuat di sini :

SENARAI NAMA

Maklumat Semakan boleh dibuat di sini :

MAKLUMAT SEMAKAN

UNTUK URUSAN TUNTUTAN & BANTAHAN, Tuan puan boleh klik link dibawah :

BORANG TUNTUTAN BORANG BANTAHAN