Pra-Audit QE 5S oleh MPC

Sepertimana diketahui umum, PPN Terengganu sedang menuju ke arah persijilan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S.

Bertarikh 17 Mei 2010, Unit Audit Dalaman PPN yang di ketuai oleh Y.M Tuan Nah telah mengadakan satu sesi latihan audit dalaman yang telah berlangsung selama 3 jam, bermula jam 2.00 petang.

Pada 20 Mei 2010, pihak MPC yang diwakili oleh En.Yazid telah membuat Pra-Audit di PPN. Dalam lawatan Pra ini pihak MPC telah banyak memberi khidmat nasihat kepada kakitangan mengenai Amalan 5S. Beliau menyarankan supaya aktiviti ini mestilah “wajib” dilakukan setiap masa.

Hasil dari lawatan ini, pihak kakitangan PPN telah banyak mempelajari dan menghayati definisi dan semangat 5S dengan lebih mendalam dan berkesan.

Tuan Pengarah amat berharap agar pejabat PPN Terengganu mendapat sijil pengiktirafan dari MPC dalam masa terdekat dan setiap anggota kakitangan supaya memastikan amalan ini dipraktikkan secara berterusan.