Laman Utama

PENGUMUMAN RASMI

Tiada sebarang hebahan buat masa kini

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN


SEMAKAN
DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JUN TAHUN 2026 (DPT BLN6/2026)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JUN 2026 (DPT BLN6/2026)

  1. DPT BLN6/2026 telah diperaku pada 31 Julai 2026 dan diwartakan pada 3 Ogos 2026. DPT BLN6/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 3 Ogos 2026 hingga 1 September 2026.
  • DPT BLN6/2026 ini mengandungi seperti berikut:
  • 34,066 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
  • 32,148 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
  • 4,379 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.
  • DPT BLN6/2026 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
    • Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
    • Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
    • Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/ status dalam tempoh 1 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN6/2026 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  • Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN6/2026 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  • TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.
  • Muat turun Borang C sila klik di sini


BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  • BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
  • Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  • Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.
  • Muat turun Borang D sila klik di sini