PORTAL RASMI PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR


INFO !!!

PERMOHONAN UNDI POS PILIHAN RAYA UMUM DEWAN NEGERI JOHOR KE-16 TELAH DIBUKA

KLIK DI SINI UNTUK INFO LANJUT

 


 

HEBAHAN TERKINI !!!

KENYATAAN MEDIA BIL.13/2026 : SIDANG MEDIA PEMBUBARAN DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-15 OLEH YAB MENTERI BESAR JOHOR

 


 

AKAN DATANG !!

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MEI TAHUN 2026 (DPT BLN5/2026)

 



PENGUMUMAN TERKINI !!

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN APRIL TAHUN 2026 (DPT BLN4/2026)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN APRIL 2026 (DPT BLN4/2026)

1. DPT BLN4/2026 telah diperaku pada 20 Mei 2026 dan diwartakan pada 21 Mei 2026. DPT BLN4/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 21 Mei 2026 (Khamis) hingga 19 Jun 2026 (Jumaat).

2. DPT BLN4/2026 ini mengandungi seperti berikut:

(a) 39,111 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 April 2026 hingga 30 April 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;

(b) 15,880 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan

(c) 1,369 orang pemilih bertukar kategori pengundi/status.

3. DPT BLN4/2026 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

(a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;

(b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan https://ppn.spr.gov.my;

(c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;

(d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau

(e) Hotline SPR di talian 03-8892 7218.

4. Capaian untuk muat turun SILA KLIK DISINI


TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada1 April 2026 hingga 30 April 2026 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/status dalam tempoh 1 April 2026 hingga 30 April 2026 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN4/2026 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN4/2026 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang  membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  2. BANTAHAN boleh dikemukan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan https://ppn.spr.gov.my
  3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.


PERMOHONAN PERTUKARAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA (TUKAR ALAMAT)

3 Langkah mudah bagi urusan Pertukaran Bahagian Pilihan Raya.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA telah menyediakan kemudahan Permohonan Pertukaran Bahagian Pilihan Raya (Tukar Alamat) bagi orang awam.

Permohonan boleh dibuat di laman sesawang MySPR di alamat “https://myspr.spr.gov.my/”  


Infografik di bawah boleh dirujuk bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Pemilih 18 Tahun dan Pemilih Automatik.


Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta

Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
©Hakcipta Terpelihara 2011-2025 | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia | PPN JOHOR