AKAN DATANG !!
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JULAI TAHUN 2026 (DPT BLN7/2026)
PENGUMUMAN BAHARU !!
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JUN TAHUN 2026 (DPT BLN6/2026)
Klik untuk semakan SENARAI DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JUN 2026 (DPT BLN6/2026)
DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JUN 2026 (DPT BLN6/2026)
1.DPT BLN6/2026 telah diperaku pada 29 Jun 2026 dan diwartakan pada 30 Jun 2026. DPT BLN5/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 3 Ogos 2026 (Isnin) hingga 01 September 2026 (Selasa).
2.DPT BULAN6/2026 ini mengandungi seperti berikut :
- 34,066 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
- 32,148 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
- 4,379 orang pemilih bertukar kategori pengundi/status.
3.DPT BLN6/2026 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut :
- Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
- Portal rasmi Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
- Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
- Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
- Hotline SPR di talian 03-8892 7218
- Talian Telefon Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor, 07-224 3516
- Semakan DPT BLN6/2026(Buku PDF). Sila Klik Disini
- Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/status dalam tempoh 1 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN5/2026 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
- Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN6/2026 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaranjuga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
- TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.
- Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
- BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my
- Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
- Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.
Sebarang Urusan Tuntutan dan Bantahan sepanjang tempoh semakan ini, Tuan/Puan boleh memuat turun borang-borang tersebut melalui pautan yang telah disediakan.
PERMOHONAN PERTUKARAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA (TUKAR ALAMAT)
3 Langkah mudah bagi urusan Pertukaran Bahagian Pilihan Raya.
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA telah menyediakan kemudahan Permohonan Pertukaran Bahagian Pilihan Raya (Tukar Alamat) bagi orang awam.
Permohonan boleh dibuat di laman sesawang MySPR di alamat “https://myspr.spr.gov.my/”
Infografik di bawah boleh dirujuk bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Pemilih 18 Tahun dan Pemilih Automatik.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta

