PEMAKLUMAN TERKINI!!
KENYATAAN TAWARAN 01
PPNJ SH PT PRU 02/2026 – MEMBEKAL DAN MENGHANTAR KEPERLUAN KERANI PENGUNDIAN (KP) 2 UNTUK KEGUNAAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI (DN) JOHOR KE-16
KENYATAAN TAWARAN 02
PPNJ SH PT PRU 03/2026 – MENCETAK, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR SET PENGIRAAN UNTUK KEGUNAAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI (DN) JOHOR KE-16
KENYATAAN TAWARAN 03
PPNJ SH PT PRU 04/2026 – MEMBEKAL DAN MENGHANTAR SET H – SAMPUL UNTUK KEGUNAAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI (DN) JOHOR KE-16
KENYATAAN TAWARAN 04
PPNJ SH PT PRU 05/2026 – PERKHIDMATAN MENCETAK SET I – SET POSTER DAN LABEL UNTUK KEGUNAAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI (DN) JOHOR KE-16
PEMAKLUMAN PENTING !!
KEROSAKAN TALIAN TELEFON UTAMA, PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR.
Sebagai alternatif, orang awam yang ingin berhubung dengan Pejabat ini boleh merujuk kepada direktori Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor melalui Laman Sesawang Rasmi, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di pautan https://spr.gov.my/pejabat-pilihan-raya-negeri/.
Sebarang kesulitan dari perkara ini amatlah dikesali. Terima kasih
AKAN DATANG !!
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN APRIL TAHUN 2026 (DPT BLN4/2026)
PENGUMUMAN TERKINI !!
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MAC TAHUN 2026 (DPT BLN3/2026)
DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MAC 2026 (DPT BLN3/2026)
1. DPT BLN3/2026 telah diperaku pada 17 April 2026 dan diwartakan pada 20 April 2026. DPT BLN3/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 20 April 2026 (Isnin) hingga 19 Mei 2026 (Selasa).
2. DPT BLN3/2026 ini mengandungi seperti berikut:
(a) 40,958 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
(b) 11,134 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
(c) 965 orang pemilih bertukar kategori pengundi/status.
3. DPT BLN3/2026 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
(a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
(b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan https://ppn.spr.gov.my;
(c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
(d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
(e) Hotline SPR di talian 03-8892 7218.
4. Capaian untuk muat turun SILA KLIK DISINI
TUNTUTAN
- Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada1 Februari 2026 hingga 28 Februari 2026 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/status dalam tempoh 1 Februari 2026 hingga 28 Februari 2026 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN2/2026 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
- Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN2/2026 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
- TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.
BANTAHAN
- Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
- BANTAHAN boleh dikemukan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan https://ppn.spr.gov.my
- Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
- Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.
PERMOHONAN PERTUKARAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA (TUKAR ALAMAT)
3 Langkah mudah bagi urusan Pertukaran Bahagian Pilihan Raya.
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA telah menyediakan kemudahan Permohonan Pertukaran Bahagian Pilihan Raya (Tukar Alamat) bagi orang awam.
Permohonan boleh dibuat di laman sesawang MySPR di alamat “https://myspr.spr.gov.my/”
Infografik di bawah boleh dirujuk bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Pemilih 18 Tahun dan Pemilih Automatik.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta





