𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 (𝐕𝐄𝐌)

By , July 26, 2024

Sungkai, 24 Julai 2024 – Program Pendidikan Pengundi (VEM) yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Negeri (PPN) Perak berlangsung dengan jayanya di Dewan Sekolah, Sekolah Menengah Sungai Kruit, Sungkai. Program ini bertujuan untuk memberi pendidikan kepada 65 peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru mengenai hak dan tanggung jawab mereka sebagai pengundi dalam sistem demokrasi negara.

Penceramah utama, Puan Shahreen binti Alias, menyampaikan ceramah yang komprehensif mengenai kepentingan penglibatan belia dalam proses pilihan raya dan bagaimana undi mereka dapat mempengaruhi masa depan negara.

Program ini turut dibantu oleh tiga pembantu penceramah yang berpengalaman bagi meningkatkan pemahaman peserta tentang proses pengundian dan pentingnya setiap undi. Mereka adalah :

  1. Rahimah binti Malik
  2. Nik Salwani binti Juhan
  3. Suri Fairuz Emilia binti Ahmad Laili

Comments are closed

Panorama Theme by Themocracy