Wednesday, 19 of June of 2013

Pengumuman

(A)     TALIAN UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

             Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak menyediakan talian khas untuk kemudahan orang awam membuat semakan daftar pemilih. Talian ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Petugas kami sedia menerima panggilan anda. Sila dail 05-241 3855

 (B)     PORTAL PRU KE-13  ONLINE

             Portal PRU ke-13 Online telah dilancarkan pada 30 Januari 2013 oleh YBhg. Tan Sri Pengerusi SPR di SPR, Putrajaya. Tujuan Portal PRU Ke-13  Online  adalah untuk menyampaikan makluman, penjelasan dan penerangan mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. Sila layari  http://pru13.gov.my  untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang portal ini.

(C)      PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA (klik di sini untuk maklumat lanjut)

(D)     PERUBAHAN PUSAT MENGUNDI SELEPAS BELAH BELAH BAHAGI DAERAH MENGUNDI SIRI 1/2011

           Hasil daripada belah bahagi tersebut, terdapat beberapa Pusat Mengundi yang telah berubah (Pusat Mengundi baru). Sila klik untuk paparan senarai pusat mengundi baru yang terlibat.

(E)     SPR sedang menjalankan kajian di lapangan untuk mengesan pemilih yang telah berumur 85 tahun ke atas. SPR memohon kerjasama pemilih berkenaan sendiri, waris ataupun ketua masyarakat setempat yang mengenali pemilih-pemilih yang berada dalam senarai kajian ini, untuk memberi maklumat terperinci dalam borang maklumbalas kepada SPR. Sila klik  ‘Senarai Pemilih Berumur 85 Tahun’ untuk paparan mengikut negeri. Klik pada nama pemilih tersebut dan lengkapkan butiran pada borang maklumbalas yang disediakan.

(F)      SPR ada menerbitkan beberapa buku/artikel/brosur berhubung isu mengenai pilihan raya. Sila klik pada tajuk artikel/brosur untuk paparan :

a)  (i)  Daftar Pemilih – Isu dan Penjelasan

      (ii)  The Electoral Roll – Issues and Clarifications

 b)  (i)  Fakta Sebenar – Di Sebalik Dakwaan Dan Fitnah Terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

       (ii)  The Truth Behind The Accusations & Lies Towards The Election Commission (EC)

c) Proses Pilihan Raya Bebas Dan Adil

d) Buku Penjelasan Terhadap Isu-Isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya

e) Jawapan SPR Terhadap Tuntutan-Tuntutan Bersih 2.0 Berkaitan Pilihan Raya Di Malaysia

f)  Poster 7 Langkah Pengundian

g) Poster Penggunaan Dakwat Kekal Dalam PRU Ke-13

(G)     SPR ada menyediakan senarai Pusat Mengundi yang telah dikemaskini sehingga Suku Tahun Ke-2/2012. Sila semak dengan mengklik pada pautan Senarai Pusat Mengundi.


Program Outreach

Program Outreach ialah program pendaftaran luar pejabat di mana pasukan Outreach menyediakan kaunter terbuka kepada orang awam di beberapa lokasi terpilih. Program Outreach  bagi bulan April 2013 sedang dikemaskini.


Hari Bertemu Pelanggan

Tiada Program Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak bagi bulan April setakat ini.