1.UTAMA
slider
SEMAKAN
DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN SEPTEMBER TAHUN 2025 (DPT BLN9/2025)
DPT BLN9/2025 telah diperaku dan diwartakan pada 6 November 2025 dan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 6 November 2025 hingga 5 Disember 2025.

DPT BLN9/2025 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
1. Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
2. Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
3. Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
4. Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
5. Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.
TUNTUTAN
Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas, pemilih yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya dan pertukaran status / kategori pengundi yang mendapati namanya tiada dalam DPT yang terbuka untuk semakan boleh mengemukakan TUNTUTAN. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.
Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT yang terbuka untuk semakan mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan bahagian pilihan raya juga boleh mengemukakan TUNTUTAN.
TUNTUTAN boleh dikemukakan melalui Borang C boleh dikemukakan melalui kaedah berikut:
- Secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; atau
- Hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja.
Sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan Urusan Pendaftaran Pemilih, sila hubungi :
Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak, Tingkat 1, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh – PERAK
Tel : 05-2544195






