24 April, 2025

Untuk maklumanDPT BLN3/2025 ini telah diwartakan pada 24 April 2025 (Khamis) dan seterusnya akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 24 April 2025 hingga 23 Mei 2025.

Maklumat berhubung urusan Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2025 sila klik di sini

Pautan Senarai Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac 2025 (DPT BLN 3/2025), sila klik di sini

MAKLUMAT TUNTUTAN DAN BANTAHAN

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi dalam tempoh 1 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN3/2025 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  1. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  2. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  3. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.

Borang Tuntutan dan Borang Bantahan boleh dimuat turun daripada senarai di bawah:

BORANG BANTAHAN

BORANG TUNTUTAN