23 February, 2025

Untuk maklumanDPT BLN1/2025 ini telah diwartakan pada 21 Februari 2025 (Jumaat) dan seterusnya akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 21 Februari 2025 hingga 22 Mac 2025.

Maklumat berhubung urusan Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari Tahun 2025 sila klik di sini

Pautan Senarai Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari 2025 (DPT BLN 1/2025), sila klik di sini

MAKLUMAT TUNTUTAN DAN BANTAHAN

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2025 hingga 31 Januari 2025 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Januari 2025 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN1/2025 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  1. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  2. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  3. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.

Borang Tuntutan dan Borang Bantahan boleh dimuat turun daripada senarai di bawah:

BORANG BANTAHAN

BORANG TUNTUTAN