Suruhanjaya Pilihan Raya melalui Akademi Pilihan Raya dan PPN Selangor menyambut baik inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkasa kempimpinan pelajar melalui penubuhan jawatankuasa perwakilan Tingkatan Enam Kebangsaan. Usaha ini dapat memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar dalam menghayati amalan demokrasi serta memperkukuh penglibatan mereka dalam sistem kepimpinan pelajar. Program seperti bukan sahaja memberi pengalaman yang bermakna kepada pelajar, tetapi juga membuka ruang untuk mereka memahami nilai dan tanggungjawab dalam membuat pilihan, sekali gus membentuk jati diri dan kematangan dalam berfikir.
PPN Selangor telah menjadi Pemerhati bagi program ini di Kolej Tingkatan Enam Bandar Utama. Seramai 480 orang pelajar yang akan terlibat dalam proses pengundian ini dan 3 orang calon yang akan dipertandingkan iaitu Ahmad Widad Zuhairi, Lim Yong Hao dan Dhaanesh A/L Shanmuga Vel.