PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH

TEMPOH PAMERAN

Urusan Pameran Rang Daftar Pemilih adalah seperti berikut:

a) Tempoh Pameran  : 14 Hari

b) Tempoh Pengesahan Status Pameran (Tuntutan dan Bantahan) : 1 Hari

c) Tempoh Pameran Senarai Tuntutan (Sekiranya ada) : 7 Hari

 

SENARAI TEMPAT PAMERAN

TEMPAT PAMERAN 

Q & A

1. Kenapa Perlu Dipamerkan Rang Daftar Pemilih?

Rang daftar pemilih mengandungi nama-nama pemilih yang dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam daftar pemilih dan nama-nama yang dicadangkan untuk dikeluarkan dari dalam daftar pemilih.

SPR memberi peluang kepada orang ramai terutamanya kepada individu yang memohon untuk bukan sahaja memastikan namanya didaftarkan dalam daftar pemilih tetapi juga maklumat yang diberikan itu adalah betul dan tepat. Selain kepada individu yang terlibat, SPR turut memberi ruang dan peluang kepada masyarakat pengundi untuk menyemak dan memastikan bahawa semua senarai yang dicadangkan untuk dimasukkan atau dikeluarkan adalah benar dan tidak perlu dibantahi.

2. Apa Yang Dipamerkan Dalam Rang Daftar Pemilih?

Maklumat-maklumat yang dipamerkan adalah seperti yang berikut:

(a) Nombor kad pengenalan pemilih;
(b) Nama pemilih;
(c) Alamat pemilih; dan
(d) Lokaliti pemilih.

3. Di Mana Rang Daftar Pemilih Dipamerkan?

Rang daftar pemilih tambahan dipamerkan di tempat-tempat yang telah diwartakan oleh SPR di setiap negeri.