KOTA BHARU : Suruhan Jaya Pilihan Raya Malaysia Dengan Kuasa Yang Dipertuan Agong Telah MEngadakan MEsyuarat Khas Dan Bersetuju Mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor Yang Akan berlansung pada 25 September 2014 disebabkan berlakunya kekosongan Kerusi Dewan Undangan Negeri N.01 Pengkalan Kubor berikutan kematian Yang Berhormat Datuk Haji Noor Zahidi Bin Omar dari parti BN di Guanzho China pada 20 ogos 2014 jam 5.55 pagi. AL-FATIHAH….
TARIKH-TARIKH PENTING
- Tarikh kekosongan : 24 Ogos 2014
- Tarikh Writ : 29 Ogos 2014
- Tarikh Notis : 30 Ogos 2014
- Tarikh Penamaan Calon : 13 September 2014
- Tarikh Pengundian Awal : 21 September 2014
- Tarikh Pengundian Biasa : 25 September 2014
Allahyarham Yang Berhormat Datuk Haji Noor Zahidi Bin Omar
Parti yang bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor ialah Parti BN (Ustaz Mat Razi), Parti PAS (Wan Rosdi) dan Parti Bebas (Izat Bukhary). Kemenangan berpihak kepada parti BN yang diwakili oleh Ustaz Mat Razi dan dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N.01 Pengkalan Kubor yang baru.