SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JUN TAHUN 2024 (DPT BLN6/2024)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JUN 2024 (DPT BLN6/2024)

  1. DPT BLN6/2024 telah diperaku dan diwartakan pada 23 JULAI 2024 dan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 23 Julai 2024 hingga 21 Ogos 2024.
  2. DPT BLN 6/2014 ini mengandungi seperti berikut:
    • (a) 37,242 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Jun 2024 hingga 30 Jun 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
    • (b) 5,054 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya;
    • (c) 4,785 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.
  3. DPT BLN6/2024 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Jun 2024 hingga 30 Jun 2024 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN6/2024 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN6/2024 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana ari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  2. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  3. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.