SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN FEBRUARI TAHUN 2024 (DPT BLN2/2024)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN FEBRUARI 2024
(DPT BLN2/2024)

  1. DPT BLN2/2024 telah diperaku dan diwartakan pada 22 Mac 2024 dan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 22 Mac 2024 hingga 10 April 2024.
  2. DPT BLN BLN2/2024 ini mengandungi seperti berikut:
    • (a) 33,983 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 29 Februari 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
    • (b) 6,742 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
    • (c) 2,442 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.
  3. DPT BLN2/2024 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 29 Februari 2024 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi dalam tempoh 1 hingga 29 Februari 2024 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN2/2024 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN2/2024 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  2. BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
  3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.