SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN AUTOMATIK (SPPA)

Semakan Pra – Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) boleh disemak bermula 01 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021. Orang awam boleh membuat semakan Pra – Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) di tempat-tempat semakan yang telah ditetapkan melalui format Kod QR atau secara terus dari hiper rangkai yang disediakan. Sila klik di sini untuk paparan Semakan Pra – Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA).

Di samping itu, semakan juga boleh dibuat melalui laman web Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik dipautan https://mysprsppa.spr.gov.my .

URUSAN SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN PEMILIH AUTOMATIK (SPPA)

Semakan Pra-Pendaftaran pemilih Automatik (SPPA) memberi peluang kepada 5.8 juta orang bakal pemilih iaitu warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang akan didaftarkan sebagai pemilih untuk menyemak dan mengesahkan maklumat mereka dengan SPR. 

Semakan boleh dibuat melalui 2 kaedah berikut:

(a)          Membuat semakan menggunakan aplikasi MySPR SPPA di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my; atau

(b)          Hadir ke 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara dan mengimbas Kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.

Tempoh semakan ini adalah mulai 1 hingga 31 Oktober 2021. Sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, bakal pemilih dinasihatkan untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SPPA ini, orang ramai boleh hubungi 03 2681 1050 pada waktu pejabat.

Berikut disertakan maklumat tambahan berkaitan MYSPRSPPA

1) MANUAL PENGGUNA – ORANG AWAM

2) SENARAI TEMPAT-TEMPAT SEMAKAN SPPA SELURUH NEGERI – SENARAI TEMPAT

3) KENYATAAN MEDIA – BIL. 10 / 2021

4) FAQ – KLIK DI SINI