Siasatan Tempatan Syor Kajian Persempadanan Semula

Suruhan Jaya Pilihan Raya Malaysia Telah Membuat Prosiding Siasatan Tempatan Kali Pertama Selepas Menerima Bantahan Di Atas Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Kelantan. Sebanyak 59 Bantahan Telah Diterima Oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Kelantan Didalam Prosiding Siasatan Tempatan Ini. Prosiding Mengambil Masa Selama 5 Hari Bermula 4 – 8 Disember 2016 Bertempat Di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Prosiding Di Pengerusikan Oleh Pengerusi SPR Bersama Kesemua Ahli SPR, Setiausah SPR, Pegawai Undang-Undang Dan Pegawai SPR Putrajaya. Prosiding Ini Bertujuan Untuk Mendapatkan Maklumat Tambahan Daripada Pihak Yang Membuat Bantahan Berkenaan Syor Kajian Semula Persempadanan Yang Dipamerkan Sebelum Ini. Pihak SPR Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Didalam Prosiding Siasatan Tempatan Kali Ini.