Program Kembara Rakyat 2016

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Kelantan dengan kerjasama lima agensi kerajaan iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan Program Kembara Rakyat Tahun 2016 di beberapa Pos Orang Asli ( Pos Bihai, Pos Belatim, Pos Balar dan PosHau).Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari Iaitu pada 4 hingga 6 April 2016.

Program Kembara Rakyat dimulakan dengan perasmian pelepasan rombongan oleh YB Abdul Aziz Bin Yusoff (Adun Galas) di IPD Gua Musang. Antara aktiviti utama yang telah diadakan sepanjang program tersebut ialah Majlis Pembahagian Wang Bantuan Awal Persekolah oleh YB Abdul Aziz Bin Yusoff (Adun Galas), Pemeriksaan Kesihatan oleh EMARIK (NGO), Motivasi Ibu bapa dan Pelajar Sekolah oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Daftar Pemilih Baru dan Semak Daftar Pemilih oleh SPR, Daftar OKU, Ibu/Bapa Tunggal dan Warga Emas oleh JKM, Daftar Anggota Rela Baru oleh RELA, Penerangan tentang Kursus dan Kerjaya kepada Belia/Beliawanis oleh JAKOA dan Daftar Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan (MYKAD) oleh JPN.

Program ini merupakan aktiviti turun padang Pegawai-Pegawai Kerajaan di Pos-Pos Orang Asli bagi mendengar permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat orang asl iterutama berkaitan permasalahan kebajikan, pendidikan, kesihatan dan keperluan yang diperlukan. Di sampingitu, program ini juga bertujuan meningkatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk setempat dengan PegawaiKerajaan. Program di setiap Pos Orang Asli di akhiri dengan penyampaian hamper kepada penduduk kampung dan tok batin.

 Program berakhir dengan lawatan oleh YBM Tan Sri Tengu Razaleigh Hamzah ke tapak pameran Jabatan-jabatan terlibat.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapatmemberi banyak faedah, pengalaman dan kebaikan kepada semua pihak khususnya masyarakat Orang Asli dalam meningkatkan perhubungan persaudaraan walaupun berlainan agama.