Pulau Beluru

Program lawatan kerja ke lokaliti-lokaliti Daerah Mengundi Pulau Beluru telah dianjurkan oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Negeri Kelantan (JUPEM) Jabatan Kastam Negeri Kelantan dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada 13 Mac 2016.

TUJUAN LAWATAN         :

  • Menyemak lokaliti dan sempadan Daerah Mengundi Pulau Beluru bagi melicinkan proses pendaftaran pemilih untuk pilihanraya umum ke 14.
  • Menyemak kemudahandan kelengkapan pusat mengundi daerah Pulau Beluru iaitu SK Pulau Beluru untuk memastikan perjalanan pilihanraya ke 14 berjalan lancar.

Lawatan kerja Program Perbincangan Mengenai Sempadan Daerah Mengundi Pulau Beluru Dan Lawatan Kerja ke Lokaliti-Lokaliti Dalam Daerah Mengundi Pulau Beluru bersama pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Negeri Kelantan (JUPEM) ini dapat membantu Pejabat Pilihan Raya Negeri Kelantan (PPN) menyemak dan mengesahkan lokaliti dan sempadan bahagian pilihanraya dengan lebih tepat dan terperinci. Fasiliti pusat mengundi SK Pulau Beluru dan kemudahan asas di kampung Pulau Suri juga telah dikenalpasti sebagai persiapan untukPilihan Raya ke 14.