Dasar Keselamatan ICT
Dasar Keselamatan ICT SPR dibangunkan untuk memastikan segala urusan menyedia dan membekalkan perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan secara berterusan tanpa gangguan yang boleh menjejaskan keselamatan. Dasar Keselamatan ICT SPR adalah terpakai kepada semua pengguna ICT SPR dan tiada pengecualian diberikan.
Pengguna ICT SPR
Keselamatan aset ICT merangkumi tanggungjawab pengguna dalam menyediakan dan memastikan perlindungan ke atas aset ICT terjamin dalam melaksanakan tugas harian. Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti berikut:
- Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan;
- Memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa;
- Menentukan maklumat sedia untuk digunakan;
- Menjaga kerahsiaan kata laluan;
- Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan;
- Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan
- Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum.
- Menghadiri program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT.
Perisian – Perisian ICT Percuma
- Antivirus – Kaspersky Security Cloud Free
- Clean & Speed Up Your Slow PC – CCleaner
- File Compression – 7Zip
- Browsers – Google Chrome and Firefox
- Document Management – Adobe Reader and PDF Creator
- Install and Update All Your Programs at Once – Ninite