Akta & Peraturan Pilihan Raya
Bagi memudahkan pelaksanaan tugas-tugasnya yang berkaitan dengan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan-peraturan telah digubal. Undang-undang dan peraturan-peraturan ini bukan hanya memberi mandat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi juga digunakan sebagai panduan kepada parti-parti politik, calon-calon dan ejen-ejen mereka yang perlu diikuti. Senarai undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan adalah seperti berikut:
- Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, 1957
- Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
- Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
- Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya), 1981
- Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih), 2002
- Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003
Sebagai tambahan, Perkara 113 hingga Perkara 120 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan dan Perkara lain yang berkaitan dalam Perlembagaan Negeri hendaklah juga dirujuk.