Persiapan PRK N48 Ayer Kuning: Taklimat Petugas Pilihan Raya di SM Sains, Tapah

By , 23/03/2025

Tapah, 19-20 Mac 2025 – Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan N48 Ayer Kuning yang dijadualkan berlangsung pada 26 April 2025, satu sesi taklimat telah diadakan di Sekolah Menengah Sains, Tapah.

Taklimat ini melibatkan pelbagai petugas pilihan raya termasuk Ketua Tempat Mengundi (KTM), Ketua Penolong Ketua Tempat Mengundi (KPMU 1), Penolong Ketua Tempat Mengundi (KPKMU 2, 3, 4), Petugas Pengurusan Mengundi (PPM), Ketua Petugas Daftar Pemilih (KPDP), dan Pegawai Angkut Peti Mengundi (PAPM).

Sepanjang dua hari sesi taklimat ini, petugas diberikan penerangan mendalam mengenai prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya, tanggungjawab setiap petugas, serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi memastikan kelancaran proses pengundian. Simulasi dan latihan praktikal turut dijalankan bagi memastikan setiap petugas bersedia menghadapi pelbagai situasi yang mungkin berlaku semasa hari pengundian.

PRK N48 Ayer Kuning ini diadakan susulan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bakal menyaksikan pertembungan calon-calon yang bertanding. Justeru, persiapan rapi melalui sesi taklimat ini amat penting bagi memastikan perjalanan pilihan raya berjalan dengan lancar, adil, dan telus, selaras dengan prinsip demokrasi di Malaysia.

Comments are closed

Panorama Theme by Themocracy