Urusan Pengemaskinian Daftar Pemilih
Pembetulan Maklumat Pemilih
Seseorang pemilih yang menyemak dan mendapati terdapat kesilapan maklumat peribadinya, boleh memohon untuk pembetulan kepada SPR. Pembetulan maklumat peribadi meliputi maklumat-maklumat seperti berikut:
- Nombor kad pengenalan 12 angka;
- Nombor perkhidmatan tentera/polis;
- Nombor kad pengenalan lama;
- Nama;
- Tarikh Lahir;
- Jantina.
Di samping itu, pemilih yang mendapati namanya didaftarkan dalam bahagian pilihan raya yang salah juga boleh memohon pembetulan bahagian pilihan raya dengan SPR.
Permohonan pembetulan maklumat pemilih ini boleh dikemukakan melalui kaedah berikut:
- Mengemukakan TUNTUTAN sekiranya masih dalam tempoh semakan DPT;
- Aduan bertulis secara e-mel atau surat;
- Aduan di Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan; atau
- Hotline SPR di talian 03-8892 7218.
Pemotongan Nama Pemilih
SPR juga dari semasa ke semasa memotong nama pemilih yang hilang kelayakan kerana sebab-sebab berikut :
- Telah meninggal dunia; dan
- Telah hilang taraf kewarganegaraan.
Tindakan memotong nama pemilih ini adalah berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).