Pengurusan Daftar Pemilih

By , 23/09/2024

Penjualan Daftar Pemilih Induk dan Daftar Pemilih Tambahan

SPR menyediakan Daftar Pemilih Induk (DPI) dan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) untuk dijual kepada mana-mana pihak yang diluluskan oleh SPR. DPI dan DPT ini boleh dibeli daripada SPR dalam format berikut:

  1. Buku; dan
  2. Cakera padat (CD) atau pendrive – format Portable Document Format (pdf) atau Microsoft Access (mdb).

Kadar harga jualan bagi DPI dan DPT adalah berdasarkan kepada jumlah pemilih dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Selain itu, SPR juga menyediakan Statistik Daftar Pemilih terkini setiap bulan dalam format Portable Document Format (pdf) mengikut negeri dan bahagian pilihan raya seperti berikut:

  1. Statistik Kategori Pemilih Mengikut Bahagian Pilihan Raya;
  2. Statistik Jantina mengikut Bahagian Pilihan Raya; dan
  3. Statistik Umur mengikut Bahagian Pilihan Raya.

Mana-mana pihak yang berhasrat mendapatkan DPI, DPT dan Statistik Daftar Pemilih boleh mengemukakan permohonan bertulis secara e-mel atau surat kepada:

  1. Setiausaha SPR; atau
  2. Pengarah Pilihan Raya Negeri.

Comments are closed

Panorama Theme by Themocracy