Umum
Punca Kuasa
SPR melaksanakan fungsi pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih berdasarkan kepada tiga (3) punca kuasa berikut:
- Perkara 113 dan 119 Perlembagaan Persekutuan;
- Akta Pilihan Raya 1958; dan
- Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Kategori Pemilih
Kategori pemilih terbahagi kepada dua (2) iaitu:
- Pengundi biasa; dan
- Pengundi tidak hadir (PTH).
Pengundi tidak hadir (PTH) terdiri daripada:
- Anggota tentera yang berkhidmat secara tetap;
- Pasangan kepada anggota tentera yang berkhidmat secara tetap;
- Anggota polis yang berkhidmat secara tetap selain anggota Pasukan Polis Sukarelawan Simpanan; dan
- Pasangan kepada polis Pasukan Gerakan Am (PGA).